create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, May 21, 2011

cinta itu buteee.....(LOVE IS BLIND)

assalamualaikum semua...kabare....org jawe ckp..hehehe
jam menunjukkn pkul 1.03 a.m...dh pagi2 ni tetibe de smgt lak nk update blog..hehe
first of all...td ptg mse meronda2 kt kg...trjumpe lak ank kucing mati kt tgh2 jln....cian...ntah spe la yg lggr..huhuhuhu
hari ni aq nk menulis topik yg agak sntai...erm..sntai ke...leh la kot...hehe..tp mybe ianya topik yg dh basi bgi sesetengah dari korg yg mmbce topik ni....huhu
secara amnya aq ni x la pndai cgt nk bincang psl cintan cintun ni..tp bole la ckit2...
pd pndangan aq la kn,kdg2 ungkapan uh mybe de benornye....hehe
trdpt beberape situation yg bole mmbuktikan  bhwe CINTA ITU BUTA....


yg pertama.....cinta itu bute pabile kedue2 pasangan or slah sorg drpd mereka itu cacat penglihatan or bhse sengnyer buta..so mctyla ssh nk mnggambarkn rupa paras fizikal pasangan mereka..bruk ke,hodoh ke,cantik ke,hensem ke..kn..kn kn....wlaubagaimanapun..aq rse la kn.cinta dyeorg ni lebih kukuh dan lbih sejati drpd cinta2 org normal..btol x???


secondly......individu yg cantik,tp psangan hodoh...klau hodoh paras rupe x pe la gak,tp hodoh dari segi perangai,sikap dan mcm2 lagi.malahan de yg snggup berkorban demi pasangan yg tentu2 x bole nk membimbing mereka...mybe mata mereka dh dibutakn kot...wallahualam....


ketiga.....psangan yg hnye inginkn harta semate2 or mate duitan la senang kata.kite mcty dh dgr or tgk cndri kes2 sprti gadis2 yg masih mude berkahwin dgn lelaki yg telah layak dipggil datuk...(bukn datuk pgkat uh)..ade di antare mereka hnye memikrkn harta yg mereka akn dpt bile mereka berkahwin...rasenya korg sume taw...mata2 mereka dh memg buta disebbkn wang dan harta...


ke-4......this situation is totally bullshit..truk giler..sori la mencarut ckit..hehe..org yg berpasangan dgn pasangan yg berjantina sme...kenapa doe....why????apakah yg menyebabkn mata mereka buta...or hati mereka sebenarnye yg bute...dh x ckup ke lelaki dan wanita kt muka bumi ni,cmpy mereka snggup wat bnde2 terkutuk uh??..hnye mereka sje yg ade jwpnnyer....

FINALLY....sering kita lupekn...kite slalu lupe utk menyintai-Nya..aq pn sme gak..huhuhu..kite sering menyintai or menyayangi antare satu same lain tp kdgkala or selalu kite lupe utk menyayangi PENCIPTA KITE mgkin kite telah dibutakn dgn cinte2 yg lain???.RENUNG2 KN DAN SELAMAT BERAMAL...hehehe


harasso...aq rse ckupla cmpy disini je..x taw nk tulis ape ag...mate pn dh ngantuk ni,turu la ape ag...haha..mgkin ade yg bole pkai ade yg x...ADAKAH CINTA ITU BUTA????korg pkir2 kn la...sila la komen kalau berani...hehehehe


Saturday, May 14, 2011

Cinta 100 hari....


Salleh dan Salleha sedang duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan apapun, hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat mereka yang lain sedang asyik bercanda ria dengan kekasih masing-masing.
Salleha : ” Ahhh!! aku bosan. Aku berharap aku juga mempunyai kekasih yang dapat bersama berkongsi waktu denganku. “
Salleh : ” Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yang masih single mingle, masih tidak mempunyai pasangan sekarang.” (keduanya mengeluh dan berdiam beberapa saat)
Salleha : ” Aku ada idea best nie. Kita adakan permainan jom? “
Salleh : “Errr? Permainan apa? “
Salleha : “Ermmmmm… sonang tu bah. Apa kata kau jadi kekasihku dan aku jadi kekasihmu tapi hanya untuk 100 hari saja….. camnerr okay tak? “
Salleh : ” Baiklah… lagi pong aku juga belom ada agenda apa-apa untuk beberapa bulan nie. “
Salleha : ” Lerr… cam tak ikhlas jerr…. nak tak nak??… semangat sikitlah! Hari ini akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke mana sekarang? “
Salleh : ” Camnerr kalau kita nengok wayang ajerr? Kalau tak salah cerita Love Is Cinta tengah now showing nie….. Ajeb ngan Adha cakap citerr nyerr best tau.. dia orang kasi 4 bintang lagi. “
Salleha : “OK sett!!!…. Jom kita pergi sekarang. Pastu kita gi karaoke yerr… agak-agak kalau kita ajak sama MasPenn ngan Lili tu dia nak tak??? “
Salleh : “Boleh juga…” ( mereka berdua pun pergi menonton, berkaraoke dan Salleh menghantar Salleha pulang selepas itu )


Hari ke 2 :
Salleh dan Salleha menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di kafe, suasana kafe yang remang-remang dengan alunan muzik yang syahdu membawa hati mereka pada situasi yang romantis. Sebelum pulang Salleh membeli sebuah kalung perak yang berloketkan sebiji bintang untuk Salleha.

Hari ke 3 :
Mereka pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah buat Lady Rye, seorang sahabat Salleh. Setelah lelah berkeliling dalam Mall, mereka memutuskan untuk membeli sebuah jam tangan. Setelah itu mereka beristirehat dan duduk di foodcourt, makan sepotong kuih dan satu gelas jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk pertama kalinya.

Hari ke 7 :
Bermain bowling dengan teman-teman Salleh. Tangan Salleha terasa sakit kerana tidak pernah bermain bowling sebelumnya. Salleh memicit-micit tangan Salleha dengan lembut.

Hari ke 25 :
Salleh mengajak Salleha makan malam di Danga Bay. Bulan sudah menampakkan diri, langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya. Mereka duduk menunggu makanan, sambil menikmati suara desir angin berpadu dengan suara gelombang bergulung di pantai. Sekali lagi Salleha memandang langit, dan melihat bintang jatuh ( shooting stars ). Dia mengucapkan suatu permintaan dalam hatinya.

Hari ke 41 :
Salleh menyambut ulang tahun. Salleha membuatkan kek ulang tahun untuk Salleh. Bukan kek buatannya yang pertama, tetapi kasih sayang yang mulai timbul dalam hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yang terbaik. Salleh terharu menerima kek itu, dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.

Hari ke 67 :
Salleh dan Salleha menghabiskan waktu di Sunway Lagoon. Berjalan sama di The World’s Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil menikmati pemandangan. Naik The Viking, makan aiskrim bersama, dan mengunjungi kiosk permainan. Salleh menghadiahkan sebuah boneka teddy bear besar bermata biru untuk Salleha, dan Salleha membelikan sebuah MP3 thumbdrive player untuk Salleh.

Hari ke 72 :
Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pameran dari negeri Cina. Salleha mengajak Salleh untuk mengunjungi salah satu kiosk “Fortune Telling”. Sang peramal hanya mengatakan “Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang” kemudian peramal itu menitiskan airmata.
P.S : Korang jangan pulak besok-besok gi jumpa tukang telek pulak… tang ini cuma buat sedapkan jalan citerr jerr…

Hari ke 84 :
Salleh mengusulkan agar mereka berlibur ke pantai. Pantai  desaru kelihatan sepi kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain. Mereka melepaskan sandal dan berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan tangan, merasakan lembutnya pasir dan dinginnya air laut menghempas kaki mereka. Matahari terbenam, dan mereka berpelukan seakan tidak ingin berpisah lagi.
P.S Lagi : Tang peluk-peluk nie pong… korang jangan pulak nanti serang jebat pasai buat adengan peluk-peluk… sama jugak macam yang kat atas tu… sajerr nak panjangkan citerr…

Hari ke 99 :
Salleh memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil berputar-putar tanpa arah tujuan keliling bandar dan akhirnya duduk di sebuah taman.

1520hrs
Salleha : ” Aku haus. Rest kejap okay. “
Salleh : ” Tunggu disini, aku beli minuman dulu. Aye nak minum “Green Tea”; You nak minum apa? “
Salleha : ” Biar I saja yang beli. Aye kan penat putar stering keliling bandar hari ini. Sekejap yerr “
Salleh mengangguk. Kakinya memang suka simpul biawak atau cramp kalau lama memandu.

1530hrs
Salleh sudah menunggu selama 10 minit and Salleha masih belum kembali juga. Tiba-tiba seseorang yang tidak dikenali berlari menghampiri Salleh dengan wajah panik.
Salleh : ” Ada apa Cik? “
Orang asing : ” Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya macam temanmu tadi “
Salleh segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang panas terjemur terik matahari siang, tergeletak tubuh Salleha bersimbah darah, masih memegang botol minumannya. Salleh segera menelefon ambulan dan langsung mengikut Salleha ke rumah sakit bersama-sama ambulan. Selama 8 jam 10 minit, Salleh tidak senang duduk diruang menunggu bilik kecemasan. Sekejap berdiri… sekejap mundar-mandir.. fikiran Salleh bercelaru. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.

2353hrs
Doktor Zuhana : ” Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang terbaik. Dia masih bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan segera menjemput. Kami menjumpai surat ini dalam kocek bajunya. “
Doktor Zuhana memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah kepada Salleh dan Salleh segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk melihat Salleha. Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Salleh duduk disisi pembaringan Salleha dan menggenggam tangan Salleha dengan erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya Salleh merasakan torehan luka yang sangat dalam di hatinya. Butiran airmata mengalir dari kedua belah matanya. Kemudian dia mulai membaca surat yang telah ditulis Salleha untuknya.

Sahabatku Salleh…
Ke 100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari-hari yang telah ku lalui bersamamu. Walaupun kadang-kadang kau buat derk dan tidak dapat ku membuat telahan, tetapi semua perkara itu telah membawa kebahagiaan dalam hidupku.
Aku sudah menyedari bahawa kau adalah jejaka yang berharga dalam hidupku. Aku menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih dalam lagi sebelumnya.
Sekarang aku tidak meminta apa-apa, hanya berharap kita dapat memanjang hari-hari kebersamaan kita. Sama seperti yang ku ucapkan pada bintang jatuh malam ( shooting stars ) itu di pantai, Aku ingin kau menjadi cinta sejati dalam hidupku. Aku ingin menjadi kekasihmu selamanya dan berharap kau juga akan berada disisiku seumur hidupku. Salleh, aku sangat sayang padamu.

perasan x????

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung….
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci dan cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Thursday, May 12, 2011

melihat bintang......


Bila mentari menyinar,

kurasa bahangnya membakar.

Bila mentari tunduk ke bumi,

kurasa diri ini sunyi...

tiada teman seorang diri.

Dalam kepekatan malam,

kulihat ada bintang-bintang kecil,

turut bersama.


Oh...indahnya ciptaan Tuhan,

pada yang mau memikirkan,

rahsia segala yang tercipta,

tersembunyi pada kurniaan rahmat-Nya...

Di sebalik terang sinar suria,

ada yang buta melihat dunia.

Namun pada malam yang gelita,

ada insan yang terus berdoa...

Tuesday, May 10, 2011

pilihanku ^________^

                              


1
kau buatku bermimpi
auramu ku rasai
dekati dan dampingiku
jangan kau malu-malu

2
hatiku berkata
kau dan ku kan bersama
mari kita berkawan
jangan kau malu-malu

ulang 1,2

aku bukanlah lelaki terhebat
tapi ku rasa pasti kau kan dapat
seluruh jiwa dirimu untukku
yang pasti buat kamu gila bayang

andai kau terima sms dariku
jangan kau malu
luah isi hatimu
aku yang menanti
sanggupku merindu
riang di hati jadi pihanku

3
ku, kan jadi teman dalam hidupmu
ku yakin kisah kau dan aku
walau hujan dan panas mengganggu
kau jadi pilihanku

4
kau, kau yang sempurna dari hatiku
ku yakin kisah kau dan aku
walau hujan dan panas menggangu
kau jadi pilihanku

Berdua,
tidak semesti bercinta
ku tahu kau dan aku
bersama

ulang 3,4

jadi pilihanku, ohhhhh.
kau jadi pilihanku...

CINTA NI MCM MENUNGGU BAS



tahu x, cinta sebenarnya sme mcm ssorg yg menunggu bas. bila bas tu dtg, awk tgk bas tu dan awk kate pd diri awk,”ala…penuhnyer… x de tempat dduk.” so, awk katakn pd diri awk, “aq akn tnggu bas yg lain.” Awk pn biarkn bas tu brlalu dan awk tnggu pula bas yg lain.Then, dtg lak bas yg kedua. Awk tgk bas tu dan awk akn ckp, “aduh.... bas ni bruk cgt la pulak… mesti x selesa. Dan mungkin bas ni akn rosak kt tgh jln.” so, awk pn biarkn bas bruk tu berlalu dan awk brcdg tuk tnggu bas yg seterusnya.

after a short while...cewahhh..hahaha, dtg ag bas. bas yg dtg tu kosong, x penuh dan x sebruk bas yg td tp kali ini awk kte, “Emmm… .xde air-cond… cuaca pulak pnas. Lebih baik aq tnggu bas yang lain.”

Dan skali ag awk biarkn bas tu brlalu dan awk brcdg tuk mennti bas yg strusnyer.tetibe awan start gelap, cuaca makin mendung dan baru awk prasan yg awk dah lambat rpenyer. Awk dh panik dan trus naik bas yg dtg time tu, wlaupn bas tu x  sempurna cgt. then barulah awk sedar bahawe… awk dh naik bas yg slah. jadi, selame ni awk dh mmbazir byk mse dan wang utk tnggu ape yg awk nk....

although yg dtg tu adalah bas yg brhawa dingin, adakah awk dpt pastikn bahawe bas tu x kn rosak di tgh jln or maybe bas tu x terlalu sejuk tuk awk? so, (terutamanya golongan pompuan..hehehee) laki pun smela nk pe yg awk idamkan tu mmg x slah. tapi, x salah gak lau anda snggup beri 1 pluang pd org lain, kan? lau awk dpti “bas” tu x sesuai dgn awk, pe yg perlu awk wat hnye tkan loceng dan trun drpd bas tu.

Tapi… sye pasti awk sume mcty ade pngalamn yg mcm ni. awak nmpak sbuah bas dtg (mctyah bas yg awk tnggu2), awk than bas tu tpi pemandu bas tu lak wat2 x phm dan pura2 buat x nampak awk dan trus tinggalkan awak!

Hahahaha… . bila de bas yg lalu melintasi sye mcm tu, ape yg sye wat ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya tuk kejar bas tu sebab tiap kali, awk akan terjtuh dan menyakiti dri awk sndri. Jadi, bercinta tu mcm tunggu bas, sama ade awk nk naik dan bri pluang pd bas tu…sumenya trpulang pd dri awk. dan bile awk brjln, awk sebenarnye cuba melarikan dri drpd cinta!