create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, May 09, 2011

mALAysiA pANaS!!!!!!

    

    Memang terasa betul cuaca hari ini, cuaca panas di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Anda pula macam mana? Inilah yang dinamakan satu rahmat yang sangat berharga apabila hujan turun mencurah-curah di Malaysia ketika ini.  Satu kenikmatan yang tidak terkata atas rahmat yang diturunkanNya. saya sendiri satu hari sekali ganda minum air masak berbanding hari-hari sebelum ini. Yang pastinya penjual air batu campur (ABC) dan cendol untung besar. Begitu juga penjual penghawa dingin. 

    Kawasan di tempat saya sekarang ini mencatatkan angka suku sekitar 32-35 darjah celcius. Panas bukan? Inilah yang dinamakan global warming. Ya…Bumi sudah tua teruk. Siapa yang punya angkara? Kita sendiri juga. Kurang kesedaran dalam pada masa yang sama pembangunan yang dijalankan tidak selari dengan pemeliharaan alam sekitar. Itu sebabnya sekarang ini, lepas satu-satu bencana alam yang berlaku di seluruh dunia.

Nasihat untuk saya sendiri dan juga kepada pembaca semua di saat cuaca hari ini:
  1. Minum air masak yang banyak. Elakkan diri daripada minuman berkafein atau beralkohol kerana boleh mengakinbatkan anda dehidrasi (kekurangan air yang melampau). Selain air mineral, teh herba atau pun jus boleh segarkan badan tubuh badan anda dalam keadaan cuaca panas di Malaysia hari ini.
  2. Rancangan kegiatan luar anda. Elakkan kegiatan luar yang berlebihan
  3. Kurangkan makanan yang berprotein tinggi kerana ia boleh meningkatkan suhu tubuh badan anda.
  4. Memakai pakaian yang berwarna cerah dan terang. Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan kadar penyerapan cahaya matahari
  5. Ini pula melibatkan kanak-kanak. Jangan sesekali membiarkan anak-anak ditinggalkan secara bersendiran di dalam kenderaan walaupun untuk jangkamasa beberapa minit.
  6. Anda, ada nak tambah yang lain untuk menghilangkan ketidakselesaan tubuh badan di saat cuaca panas hari ini di Malaysia?

No comments:

Post a Comment