Saturday, October 29, 2011
AKU BUKAN BAIK
Memang, aku bukan baik. Apatah lagi nak dikatakan beriman. Jauh lagi nak capai tahap tu. Jauh lagi. Aku tak baik pun. Akhlak pun
pincang.
Aku ni insan lemah. Selalu sahaja lupa dan lalai. Memang banyak sangat kelemahan. Lain yang dicakap, lain yang dibuat. Cakap tak
serupa bikin. Aku hina. Kalau aku cuba baiki perangai buruk yang itu, perangai buruk yang lain pulak terserlah. Macam kain buruk yang
compang-camping. Ingin ditampal yang terkoyak di atas, di bawah pula carik. Ya. Serius. Aku tak tipu ni.
Aku memang terasa down sangat. Sangat-sangat down. Aku cuba ingat Allah di saat down gini. Aku cuba sedaya upaya. Itupun
setelah dosa demi dosa aku buat. Aku rasa malu dengan Allah. Dosa pagi tadi yang dibuat, telah menyesal, menangis dan memohon
keampunan Allah. Tengah hari, dosa lain lak yang dibuat. Belumpun istighfar memohon keampunan untuk dosa baru, petang dan malam hari terbuat
pula dosa lain. Aku rasa, semua dosa yang aku buat, semua dosa besar. Semua dosa besar. Sebab tu, aku rasa sarat dan berat
dengan dosa. Sebab tu hati aku tidak tenang. Aku langsung tidak tenang. Macam-macam aku cuba buat untuk fokus buat sesuatu, tapi aku
tidak tenang. Semacam sesuatu yang hilang. Aku rasa losT.
Aku tahu aku banyak dosa. Aku sedar yang aku banyak buat dosa. Allah masih sayangkan aku, sebab tu dia hadirkan rasa sedih yang
amat ini pada diri aku. Perasaan semua bercampur aduk. Aku ada ilmu, walaupun tak seberapa, tapi aku ada ilmu. Ilmu yang tanpa
amal.
Aku lah orang yang rugi itu. Aku masih sedar semua ni. Aku bingung. Titik.
Hubungan aku sesama manusia gagal. Gagal sebab putus tali hubungan aku dengan Sang Pencipta. Baik dengan Allah, maka dengan
manusia pun akan baik. Itu lumrahnya. Ada yang kata aku juz porty in front of others. Yes. Aku angguk. Betul. Aku rasa aku kena
muhasabah sentiasa. Setiap pandangan mata seseorang datang dari hati. Aku kena up ibadah aku kepada Allah. Aku kena struggle
untuk ikhlaskan hati beribadah. Aku kena bersihkan hati kotor aku. Perlu ke aku kesah dengan hinaan orang pada aku? Pakaian
menutup aurat menandakan kewarakan, selalu baca buku agama, selalu update yang baik-baik dalam blog, namun perangai sebenar
, macam setan. Perlu ke aku amik kesah? Perlu kan? Sebab itulah teguran dari orang yang sayangkan aku. Mungkin. Allah je yang tahu
niat dia.
Oooohhh Ya Allah. Aku ingin keluar dari tampuk lama. Aku ingin keluar. Aku ingin menimba ilmu lagi. Aku dahagakan ilmu yang sebenar-
benarnya. Ya Allah. Aku ingin baiki diri aku. Aku rasa di sini bukan tempat aku. Aku mohon petunjuk dariMU Ya Allah. Tolonglah aku Ya
Allah. Memang aku bukan baik, tapi aku nak jadi baik. Aku nak jadi baik. Aku nak jadi baik.
Aku takut untuk ke nerakaMU Ya Allah. Namun, aku tak layak untuk ke syurgaMU. Tiba-tiba, aku terasa hembusan bayu membelai
lembut jasadku. Aku terdengar titipan halus suara kecil hati ku menyeru untuk kembali kepadaMU. Aku sedar Ya Allah, aku dengar. Aku
takut ya Allah, jika maut menyergah insan berdosa sepertiku ini. Panjangkan peluang untuk aku bertaubat Ya Allah. Jangan sempitkan.
Terasa aku semakin terarah. Terarah dan terarah. Hanya dengan mengingatiMU dalam tangis. Terima kasih ya Allah. Engkau sebaik-
baik tempat mengadu. Dan Engkau maha penerima taubat. Ampunilah aku Ya Allah. Faghfirli ya Allah 3x.
Thursday, October 27, 2011
OTAK
Ini ,namanya otak..Otak ini.....ada akal.Akal itu gunanya untuk berfikir.Itu yg membezakan otak kita dengan makhluk Allah yg lain.Jadi akal ni fungsinya untuk kita fikir baik buruk yg kita buat.Fikir balik takdir untuk kita tu,elok atau tidak.Kalau rasa tak elok kita boleh cuba ubah.Bukan semua takdir kita kena ikut je...Kalau kita ditakdirkan kamu jatuh kt tengah jalan.Takkan kamu nk terus terduduk kt situ smpai treler dtg? ada akal.Fikir.Kena bangun dan pergi dari situ.Kalau tak,mybe kena langgar....
P/S: dh xde kje....hehehe
P/S: dh xde kje....hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)