create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, October 29, 2011

AKU BUKAN BAIK



Memang, aku bukan baik. Apatah lagi nak dikatakan beriman. Jauh lagi nak capai tahap tu. Jauh lagi. Aku tak baik pun. Akhlak pun 


pincang. 


Aku ni insan lemah. Selalu sahaja lupa dan lalai. Memang banyak sangat kelemahan. Lain yang dicakap, lain yang dibuat. Cakap tak 


serupa bikin. Aku hina. Kalau aku cuba baiki perangai buruk yang itu, perangai buruk yang lain pulak terserlah. Macam kain buruk yang 


compang-camping. Ingin ditampal yang terkoyak di atas, di bawah pula carik. Ya. Serius. Aku tak tipu ni.

Aku memang terasa down sangat. Sangat-sangat down. Aku cuba ingat Allah di saat down gini. Aku cuba sedaya upaya. Itupun



 setelah dosa demi dosa aku buat. Aku rasa malu dengan Allah. Dosa pagi tadi yang dibuat, telah menyesal, menangis dan memohon


 keampunan Allah. Tengah hari, dosa lain lak yang dibuat. Belumpun istighfar memohon keampunan untuk dosa baru, petang dan malam hari terbuat 


pula dosa lain. Aku rasa, semua dosa yang aku buat, semua dosa besar. Semua dosa besar. Sebab tu, aku rasa sarat dan berat 


dengan dosa. Sebab tu hati aku tidak tenang. Aku langsung tidak tenang. Macam-macam aku cuba buat untuk fokus buat sesuatu, tapi aku 


tidak tenang. Semacam sesuatu yang hilang. Aku rasa losT.



Aku tahu aku banyak dosa. Aku sedar yang aku banyak buat dosa. Allah masih sayangkan aku, sebab tu dia hadirkan rasa sedih yang 



amat ini pada diri aku. Perasaan semua bercampur aduk. Aku ada ilmu, walaupun tak seberapa, tapi aku ada ilmu. Ilmu yang tanpa 


amal. 


Aku lah orang yang rugi itu. Aku masih sedar semua ni. Aku bingung. Titik.

Hubungan aku sesama manusia gagal. Gagal sebab putus tali hubungan aku dengan Sang Pencipta. Baik dengan Allah, maka dengan 



manusia pun akan baik. Itu lumrahnya. Ada yang kata aku juz porty in front of others. Yes. Aku angguk. Betul. Aku rasa aku kena 


muhasabah sentiasa. Setiap pandangan mata seseorang datang dari hati. Aku kena up ibadah aku kepada Allah. Aku kena struggle 


untuk ikhlaskan hati beribadah. Aku kena bersihkan hati kotor aku. Perlu ke aku kesah dengan hinaan orang pada aku? Pakaian 


menutup aurat menandakan kewarakan, selalu baca buku agama, selalu update yang baik-baik dalam blog, namun perangai sebenar


, macam setan. Perlu ke aku amik kesah? Perlu kan? Sebab itulah teguran dari orang yang sayangkan aku. Mungkin. Allah je yang tahu 


niat dia.

Oooohhh Ya Allah. Aku ingin keluar dari tampuk lama. Aku ingin keluar. Aku ingin menimba ilmu lagi. Aku dahagakan ilmu yang sebenar-



benarnya. Ya Allah. Aku ingin baiki diri aku. Aku rasa di sini bukan tempat aku. Aku mohon petunjuk dariMU Ya Allah. Tolonglah aku Ya


 Allah. Memang aku bukan baik, tapi aku nak jadi baik. Aku nak jadi baik. Aku nak jadi baik.

Aku takut untuk ke nerakaMU Ya Allah. Namun, aku tak layak untuk ke syurgaMU. Tiba-tiba, aku terasa hembusan bayu membelai



 lembut jasadku. Aku terdengar titipan halus suara kecil hati ku menyeru untuk kembali kepadaMU. Aku sedar Ya Allah, aku dengar. Aku


 takut ya Allah, jika maut menyergah insan berdosa sepertiku ini. Panjangkan peluang untuk aku bertaubat Ya Allah. Jangan sempitkan.


 Terasa aku semakin terarah. Terarah dan terarah. Hanya dengan mengingatiMU dalam tangis. Terima kasih ya Allah. Engkau sebaik-


baik tempat mengadu. Dan Engkau maha penerima taubat. Ampunilah aku Ya Allah. Faghfirli ya Allah 3x.

No comments:

Post a Comment