create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433 / 1 Muharram

Salam Menyambut Maal Hijrah tahun baru Masihi (1433) pada Ahad 27 November 2011, dan 1432 hijrah telah meninggalkan kita, byk kenangan yg akan kita semua tinggalkan.
 

Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang utk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM. Apakah azam kita pd

tahun baru ini? Mungkin ada yg terlupa utk menyambut tahun baru hijrah sebab terleka dgn kehidupan yg sementara ini. Apapun marilah sama2 kita ingat mengingati kpd perkara yg membawa kpd sesuatu yg baik.

azam aku tahun ini:
- cuba membersihkan sikit demi sedikit kerak yg telah lama bertakhta di hati..
- berusaha menjadi insan yg lebih baik dari sebelum ini
- menjadi HAMBA ALLAH yg lebih taat dan patuh kpd segala perintah serta berusaha menghindari segala larangannyer
- menjadi org yg lebih penyabar dgn segala dugaan dan ujian yg menimpa dan sentiasa bersyukur dgn apa yg diterima.
-nk meningkat CGPA utk sem yg terakhir dan menamatkn pengajian diploma dgn cemerlang..
- lpas dip nk keje..lau de rezeki dpt dgree..p la dgree dlu...hehE

AMINNN..INSYAALLAH..MUDAH-MUDAHAN..

Wednesday, November 09, 2011

Bicara seorang lelaki MUKMININ

ya akhi..

bicaranya ialah,

lelaki biasanya TERPIKAT dengan wanita yang,

LEMAH LEMBUT...

BERBUDI BAHASA...

PEMIKIRAN MATANG

katanya lagi,

wanita jenis ini boleh dijadikan KAWAN dan KEKASIH,

jikalau lelaki terpikat dengan wanita kerana SEKSINYA...

lama kelamaan ia akan menjadi SEKSA..

bicaranya lagi..

ini kerana suami TAK SUKA isterinya kelihatan SEKSI di LUAR rumah..ia boleh menimbulkan fitnah dan penceraian..

selain fahami KELEBIHAN dan KESUKAAN lelaki itu wanita PERLU minta hajatnya kepada ALLAH S.W.T.

Saturday, October 29, 2011

AKU BUKAN BAIK



Memang, aku bukan baik. Apatah lagi nak dikatakan beriman. Jauh lagi nak capai tahap tu. Jauh lagi. Aku tak baik pun. Akhlak pun 


pincang. 


Aku ni insan lemah. Selalu sahaja lupa dan lalai. Memang banyak sangat kelemahan. Lain yang dicakap, lain yang dibuat. Cakap tak 


serupa bikin. Aku hina. Kalau aku cuba baiki perangai buruk yang itu, perangai buruk yang lain pulak terserlah. Macam kain buruk yang 


compang-camping. Ingin ditampal yang terkoyak di atas, di bawah pula carik. Ya. Serius. Aku tak tipu ni.

Aku memang terasa down sangat. Sangat-sangat down. Aku cuba ingat Allah di saat down gini. Aku cuba sedaya upaya. Itupun



 setelah dosa demi dosa aku buat. Aku rasa malu dengan Allah. Dosa pagi tadi yang dibuat, telah menyesal, menangis dan memohon


 keampunan Allah. Tengah hari, dosa lain lak yang dibuat. Belumpun istighfar memohon keampunan untuk dosa baru, petang dan malam hari terbuat 


pula dosa lain. Aku rasa, semua dosa yang aku buat, semua dosa besar. Semua dosa besar. Sebab tu, aku rasa sarat dan berat 


dengan dosa. Sebab tu hati aku tidak tenang. Aku langsung tidak tenang. Macam-macam aku cuba buat untuk fokus buat sesuatu, tapi aku 


tidak tenang. Semacam sesuatu yang hilang. Aku rasa losT.



Aku tahu aku banyak dosa. Aku sedar yang aku banyak buat dosa. Allah masih sayangkan aku, sebab tu dia hadirkan rasa sedih yang 



amat ini pada diri aku. Perasaan semua bercampur aduk. Aku ada ilmu, walaupun tak seberapa, tapi aku ada ilmu. Ilmu yang tanpa 


amal. 


Aku lah orang yang rugi itu. Aku masih sedar semua ni. Aku bingung. Titik.

Hubungan aku sesama manusia gagal. Gagal sebab putus tali hubungan aku dengan Sang Pencipta. Baik dengan Allah, maka dengan 



manusia pun akan baik. Itu lumrahnya. Ada yang kata aku juz porty in front of others. Yes. Aku angguk. Betul. Aku rasa aku kena 


muhasabah sentiasa. Setiap pandangan mata seseorang datang dari hati. Aku kena up ibadah aku kepada Allah. Aku kena struggle 


untuk ikhlaskan hati beribadah. Aku kena bersihkan hati kotor aku. Perlu ke aku kesah dengan hinaan orang pada aku? Pakaian 


menutup aurat menandakan kewarakan, selalu baca buku agama, selalu update yang baik-baik dalam blog, namun perangai sebenar


, macam setan. Perlu ke aku amik kesah? Perlu kan? Sebab itulah teguran dari orang yang sayangkan aku. Mungkin. Allah je yang tahu 


niat dia.

Oooohhh Ya Allah. Aku ingin keluar dari tampuk lama. Aku ingin keluar. Aku ingin menimba ilmu lagi. Aku dahagakan ilmu yang sebenar-



benarnya. Ya Allah. Aku ingin baiki diri aku. Aku rasa di sini bukan tempat aku. Aku mohon petunjuk dariMU Ya Allah. Tolonglah aku Ya


 Allah. Memang aku bukan baik, tapi aku nak jadi baik. Aku nak jadi baik. Aku nak jadi baik.

Aku takut untuk ke nerakaMU Ya Allah. Namun, aku tak layak untuk ke syurgaMU. Tiba-tiba, aku terasa hembusan bayu membelai



 lembut jasadku. Aku terdengar titipan halus suara kecil hati ku menyeru untuk kembali kepadaMU. Aku sedar Ya Allah, aku dengar. Aku


 takut ya Allah, jika maut menyergah insan berdosa sepertiku ini. Panjangkan peluang untuk aku bertaubat Ya Allah. Jangan sempitkan.


 Terasa aku semakin terarah. Terarah dan terarah. Hanya dengan mengingatiMU dalam tangis. Terima kasih ya Allah. Engkau sebaik-


baik tempat mengadu. Dan Engkau maha penerima taubat. Ampunilah aku Ya Allah. Faghfirli ya Allah 3x.

Thursday, October 27, 2011

OTAK



Ini ,namanya otak..Otak ini.....ada akal.Akal itu gunanya untuk berfikir.Itu yg membezakan otak kita dengan makhluk Allah yg lain.Jadi akal ni fungsinya untuk kita fikir baik buruk yg kita buat.Fikir balik takdir untuk kita tu,elok atau tidak.Kalau rasa tak elok kita boleh cuba ubah.Bukan semua takdir kita kena ikut je...Kalau kita ditakdirkan kamu jatuh kt tengah jalan.Takkan kamu nk terus terduduk kt situ smpai treler dtg? ada akal.Fikir.Kena bangun dan pergi dari situ.Kalau tak,mybe kena langgar....

P/S:  dh xde kje....hehehe

Friday, August 26, 2011

SUNSHINE...

the dimming sky's bleeding..tears flow on moon's wounded cheeks
i close my eyes and pray with ashes on my head..
i vow and cried,then come the sun..
i dream about fountain from beneath the earth..
rising freelyn and kissing the sky..
playing with the silent wind..
a new born land in sky's lulling arms..
heaven and earth reunited..

Saturday, August 20, 2011

Meraih Ketenangan Jiwa....

Assalamualaikum w.b.t.
"ketenangan jiwa"...yup...itulah mauduk atau topik yg aq nk bincangkan pada penulisan aq kali ni dan aku kongsikan bersama anda sekalian....ramai orang akan melakukan apa sahaja untuk meraih ketenangan jiwa....lihat je la orang2 zaman sekarang ni,..de yg sanggup minum arak entah berapa tan agaknyer dyeorng telan,macam2 jenis pil yg dyeorg sumbat kt mulut,dengan dadahnye lagi..selagi leh cucuk,kite cucuk la...asalkan kite tenang...last2 sendiri yg kiok...memg tenang teruslah gamaknyer...hehe..

pelbagai persoalan yg timbul dalam kehidupan dan rehlah kita di dunia Allah S.W.T. ini.Apatah lagi dalam dunia sekarang yg serba moden ni,banyak dugaan atau mehnah yg kita perlu hadapi,sampai boleh menyebabkn kecewa,stress yg melampau dan ada gak yg mati...dah tak pelik dah sume uh bagi kita....betol tak??..Faktanya,tiada seorang pun di muka bumi Allah ni yg terlepas dari persoalan hidup..

Kekayaan,Pangkat dan Kedudukan takkan mampu menghalangnya daripada berlaku.

Namun...islam itu sentiasa indah,tenang dan mudah...kerana itu islam memberikan kita cara untuk menyelesaikan permasalahan ini,dan ingatlah wahai saudara2 ku sekalian...TIADA ISTILAH STRESS BAGI SEORANG MUKMIN....Berikut adalah antara langkah2 atau cara2 yang ingin aq kongsikan bersama korang supaya kita dapat terapkan dan mengaplikasikannya dalam kehidupan kita sehari-hari...INSYAALLAH...:

1. MEMBACA DAN MENDENGAR AYAT2 SUCI AL-QURAN..

2. MENYAYANGI ORANG2 MISKIN DAN KURANG BERNASIB BAIK

3. MELIHAT ORANG YANG DIBAWAH,JANGAN LIHAT KE ATAS

4. JAGALAH HUBUNGAN SILATURRAHIM ANTARA KITA..DAN SESUNGGUHNYA ALLAH  MELAKNAT ORANG YANG MEMUTUSKAN PERTALIAN YANG TELAH TERJALIN

5. SENTIASA MENGUCAPKAN LA HAW LA WALA QUWWATA ILLA BILLAH kerana sumber ketenangan yg hakiki bersumber dari Allah.Oleh kerana itu kita perlu hadirkan Allah dalam apa jua situasi.

6. MENGATAKAN YANG BENAR SEKALIPUN IANYA PAHIT DAN MENYAKITKAN

7. TIDAK AMBIL PEDULI TERHADAP CELAAN ORANG LAIN ASALKAN APA YANG KITA LAKUKAN ITU BENAR2 KERANA ALLAH..

8. TIDAK MENGEMIS KEPADA ORANG LAIN...

9. JAUHILAH HUTANG...

10. ALWAYS THINK POSITIVE...

Sekian sahaja penulisan aq untuk kali ni...semoga ianya dapat memberi tafaqquh atau pengajaran buat kita bersama..

ALLAH YUBARIK FIK



Monday, August 08, 2011

AKU

Aku mentari
Tak menghangatkan mu
Aku pelangi
Tak memberi warna dihidupmu
Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan


Friday, August 05, 2011

mENAhAN mARah.....



Marah apabila tidak dibendung maka akan membawa perkara yg diluar batasan. Jadi Islam mengajar utk menahan marah seperti berikut:

Firstly,
Melatih diri untuk bersifat baik dan positif spt lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dlm menghadapi apa2 situasi.

Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dlm hal ini spt kisah yg berikut :

Suatu hari seorg lelaki yg bernama Zaid bin Sa'nah (sebelum keislamannya) , datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid dtg dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dgn senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar

"aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dgn baik dan menyuruh lelaki tadi(zaid) meminta dgn cara yang baik"

Nabi meminta shbt untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sbg tanda memujuk Zaid atas sikap Umar.

Dgn sikap dan akhlak yg ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam

(hadith riwayat ibnu hibban al-hakim dan at-thabrani)

Kedua,
Hendaklah seseorang itu menguatkn jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian igt tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan org yg menahan marah dan memaafkn kesalahan org lain. Firman Allah swt

"Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan" (Al-imran:134)

Nabi SAW bersabda bermaksud :

"sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari"
(hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)

"tidak ada seseorang hamba menahan marah kerna Allah ta'ala melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan"
(hadith riwayat Abu Daud)

Seterusnya,
Meminta perlindungan kepada Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam.
Firman Allah Ta'ala :

"dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui" (Al-A'raf:200)

2 org lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dgn keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan.
Nabi SAW bersabda maksudnya :

"sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh org yg marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dgn Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam"
(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Selepas itu,
Orang yg marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yg marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :

"apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring"
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

Kelima,
Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yg telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan tika perasaan marah telah reda

Nabi SAW bersabda maksudnya :

"apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam"Nabi saw mengucapkannya 3 kali"
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

Yang Terakhir,
Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yg dicipta daripada api. maka yg demikian, yg dpt memadamkn api adalah air yg dpt diperoleh daripada berwudhuk demikian dgn izin Allah dpt meredakan kemarahan

Nabi SAW bersabda maksudnya :

"sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk"
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

"Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam"
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)
Rujukan: Al-Wafi Fi Syarhil Arbai'in an-Nawawiyyah oleh Dr Mustafa al-Bugho dan Dr Muhyiddin Mistu.


"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"
( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 )
 
Artikel ;http://d3dbath3.forumotion.com/t92-cara-menahan-marah-menurut-islam

BILA KENA KUTUK,APA NAK BUAT??


Ada yang tanya pada saya. Apa harus dilakukan sekiranya terdapat orang mengutuk, memperlekehkan, melemparkan tohmahan, dan sewaktu dengannya kepada usaha kita. Saya rasa ramai yang pernah melalui ini, termasuklah diri saya sendiri.
Ada banyak boleh dilakukan, tetapi, jawapan terbaik saya dapati dari artikel Dr H.M Tuah saya terbaca baru-baru ini. Pesan Dr. Tuah:
Anda harus BERTERIMA KASIH kerana…
  1. Anda mendapat pahala FREE bila kita bersabar! :)
  2. Perkara-perkara negative tersebut boleh menjadi pendorong atau semangat untuk terus berjaya. Kiranya sebagai satu cabaran, dan lagi banyak cabaran, lebih hebat kita hendak buktikan mereka yang memberi kata-kata negatif tersebut bahawa kita akan berjaya!
  3. Dapat mendedahkan mereka yang berfikiran negatif kepada orang ramai.Sebelum orang lain kena, mereka akan tahu bahawa siapa yang suka memberi kata-kata negatif. Anda dapat membantu orang lain dengan secara tidak langsung untuk berhati-hati dengan golongan ini (tak perlu bagi tahu… orang  akan dapat lihat sendiri).
Saya cukup setuju dengan Dr. Tuah.

           "Sebab itu juga sering terjadi dalam kisah-kisah kejayaan bahawa mereka yang sering ditindas sebegini akan naik mencapai kejayaan yang lebih hebat. Pintu rezeki akan luas terbuka, semangat akan semakin membara dan melatihkan kita untuk abaikan perkara-perkara negatif disekeliling kita."

Biasanya, mereka yang memberi kata-kata negatif ini, takkan ke mana-mana oleh kerana ia mencerminkan diri sendiri yang sering fokus kepada perkara negatif.
Jadi, jauhkan dari memberi kata-kata negatif kepada orang lain. Beri semangat dan sokongan kepada sesiapa sahaja untuk berjaya. Ia akan mencerminkan kembali kepada diri anda untuk menjadi lebih positif dalam mencapai kejayaan :
Shining star in the sky
The star that's shining from far away
It must have came to my heart
The star that's engraved inside my heart
The star that's shining inside my heart
I think it's you
Do you hear my trembling voice
star
Do you feel my hot heart
You're my star
The love I dreamed about for a long time
I know it's you
Be with me forever
For a long time, even you
Hope that it will shine from the same spot forever
I'll let you borrow my heart only to you

The star that's engraved inside my heart
The star that's shining inside my heart
I think it's you
Do you hear my trembling voice
 star
Do you feel my hot heart
You're my star
The love that I dreamed about for a long time
I know it's you
Be with me always
For long time, even you
Hope that it will shine from the same spot forever
I'll give you my heart only to you
Even the star that's engraved inside your heart
Even the star that's shining inside your heart
Tell me, I love you forever
My eyes will look at only you                                                 
would you also look at only me?
Hoping we can be each other's star

Tuesday, August 02, 2011

RAMADHAN??APE TU??

Apa dan kenapa ramadhan???
Ramadhan adalah satu hadiah,anugerah dan pemberian dari Tuhan semesta alam kepada hamba-hambanya.

Bulan Ramadhan menjelma lagi. Syukur Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam ketikamana bulan yang mulia ini tiba pada waktunya, masih berpeluang lagi kita menjalani ibadah puasa dan membolot sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan dari Ilahi sempena bulan mulia ini.
Seluruh dunia kini sedang menjalani ibadah puasa demi menyempurnakan salah satu dari rukun Islam yang lima. Puasa amat di tuntut dalam Islam untuk menjaga nafsu dan menjaga kesihatan badan. Puasa diakui mempunyai kelebihan oleh pakar-pakar sains seluruh dunia.


“ Wahai orang-orang yang beriman,kamu di wajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu dari kamu, supaya kamu bertaqwa” suratul baqarah:183

Bulan Ramadhan jua diturunkan al-Quran ke Langit dunia dari Baitul I’zzah pada lailatul qadar secara sekaligus sebelum malaikat Jibril menghantar al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. beransur-ansur.

”Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran ,
menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk” suratul baqarah:185

“Sesungguhnya Kami telah turunkan (al-Quran) ini
pada malam lailatul Qadar.” Suratul qadr:1

Ramadhan telah di bahagikan kepada 3 bahagian oleh Rasullullah S.A.W. iaitu yang di awalnya rahmat,di tengahnya keampunan dan di akhirnya terlepas dari api neraka.


Bulan Ramadhan juga diberikan peluang agar kita mencari sebanyak-banyaknya pahala. Ini terbukti apabila Allah taala memberikan malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu Lailatul Qadar.
“ Sesungguhnya Kami telah turunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr ? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan . Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka,kerana membawa segala perkara (yang ditakdir berlakunya pada tahun yang berikut) . sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. Suratul qadr:1-5

Al-quran adalah bukti dan penunjuk jalan kehidupan di dunia yang telah diturunkan oleh Allah kepada pesuruh dan kekasihNya Muhammad S.A.W.

“Telahku tinggalkan 2 perkara dimana jika kamu mengikutnya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu al-Quran dan Sunnah” – hadith

Semoga kita semua menjadi hamba yang bertaqwa dan mengikut segala arahanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 

AL-MUBARAK

 

Wednesday, July 27, 2011

PANTANG LARANG DALAM BERSAHABAT

korang ade kawan??kawan sejati?selalunya kawan akan hadir kalau korang cukup semuanya,betul tak?Bukan senang nk menjaga keharmonian sesebuah hubungan persahabatan,Banyak yg perlu dijaga dan tidak kurang gak perkara yang wajar dihindari.Jadi jom kita usha2 serba sedikit pantang larang dalam persahabatan......


1. TIDAK PERLU MEMAKSA
tak semestinya kita bergelar kawan,citarase kite sama kn...So biarkan die dgn cara yg menggembiraknnya dan kite dgn style kite yg tersendiri.Yang penting masing2 rase bahagie dan bebas memilih...


2 JANGAN TINGGALKAN KAWAN LAMA
bila dah ade kawan baru ,kawan lama jangan dilupakan.takde undang2 pun yg pernah dibuat lagi kalau ade kawan baru je,persahabatan yang terjalin dengan kawan lama perlu diputuskan..


3. JANGAN 'JEALOUS'
if kawan korang uh pandai,kaya atau bijak bergaya,janganlah sesekali korang cemburu lak.Ape kate korang gunekan kelebihan itu sebagai penguat semangat korang untuk menjadi lebih baik.Sekurang-kurangnye lebih bagus dari diri korang sekarang walau tak jadi best macam kawan korang tu..tp pd aq,itu lagi bagus..

4. PANDAI SIMPAN RAHSIA
bila kawan korang bersedia bercerita tentang rahsianya.ini bermakna dia mempercayai korang.Jadi jangan sesekali mengkhianatinya dengan menceritakan kat orang lain bahawa ianya adalah satu cerita rahsia


5. BERSIKAP JUJUR
bila berkawan kena la jujur.kawan yg baik sentiasa dapat menegur kawannya,walaupun kadangkala ia menyakitkan hati.Kalau korang tak berani manyatakan kebenaran,maknanya korang belum lagi bersedia untuk menjadi seorang kawan yg boleh diharap.


6. JADI PENDENGAR YANG BAIK
walaupun terpaksa perngorbanan mase,tenaga dan perasaan.Namun ia bukan bermakna korang harus mendengar segala cerita yang tak berfaedah.Misalnya mengumpat dan memburukkan orang lain.



Tuesday, July 26, 2011

MENGAPA KAUM HAWA MUDAH MENGALIRKAN AIR MATA??

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.
"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Monday, July 25, 2011

WHAT CAN I DO??

 For every step I send you away my tears flow
For every step that you go away my tears flow again
Youre going to place where I can’t reach even if I spread my hands
But unable to stop you and I stand here crying
What do I do? What do I do?
Youre going away
What do I do? What do I do?
You re leaving me here
Saranghae yo,wo ai ni
Even if I call it out
You can’t hear it
Because I’m only yelling inside my heart
All day I try to erase you,but I remember you
All day I say goodbye,but I only remember you
Youre going to a place where I can’t reach even if I spread my hands
But unable to find you and stand here crying
What do I do? What do I do?
Youre going away
What do I do?what do I do?
You re leaving me here
Aishiteru yo,ti amo.
Even if I call it out
You can’t  hear it
Because im only yelling it inside my heart
What do I do? What do I do?
You re the only one for me
What can I do? What can I do?
Youre going away and leaving me here alone…
I LOVE YOU

Tuesday, July 05, 2011

mengenal diri sendiri....

Ketahuilah, ada pepatah terkenal mengatakan: "Sesungguhnya jiwa itu bagaikan
kota. Kedua tangan, kedua kaki, dan seluruh anggota badan adalah wilayahnya.
Kekuatan nafsu walikotanya. Kekuatan angkara murka polisinya. Akal sebagai
perdana menteri. Dan Hati merupakan Rajanya".


Raja mengatur mereka semua hingga situasi kerajaan menjadi stabil. Sebab
walikotanya yaitu nafsu mempunyai watak pembohong, over acting, dan suka
mencampur adukkan persoalan. Polisinya yaitu sang angkara murka bertabiat kejam,
suka berkelahi, dan perusak. Kalau sang raja membiarkan mereka dalam kondisi
demikian, maka akan hancur binasalah kota yang bersangkutan. Maka Raja harus
bermusyawarah dengan perdana menteri, dan menempatkan walikota serta polisi di
bawah kendali perdana menteri. Bila ini dilakukan, maka kondisi kerajaan akan
mantap dan kota pun akan maju dan makmur.


Demikian pula hati, ia meminta pertimbangan akal dan menempatkan nafsu serta
angkara murka di bawah kendali dan perintah akal. Sehingga diri menjadi stabil
dan dapat mencapai sebab kebahagiaannya, yaitu mengenal Hadirat Illahi.


Apabila akal ditempatkan dibawah kekuasaan nafsu dan angkara murka, maka
binasalah jiwa. Dan hati pun akan menderita di akhirat.


Nafsu dan angkara murka adalah dua pelayan jiwa yang menarik dan menjaga urusan
makanan, minuman, dan perkawinan untuk mendukung indera (tubuh).


Indera merupakan jaring serta mata-mata akal. Dengan indera itulah akal
mengamati ciptaan-ciptaan Tuhan Yang Maha Agung. Kemudian indera melayani akal.


Akal adalah pelayan hati. Akal bagi hati ialah lampu dan pelita, yang dengan
sinarnya ia dapat memandang Hadirat Illahi. Sebab surga (kenikmatan) yang
menjadi bagian perut dan kelamin merupakan sesuatu yang tidak berarti bila
dibandingkan dengan surga (kekuatan memandang Hadirat Ilahi itu).


Kemudian, Hati itu sendiri diciptakan untuk memandang keindahan Hadirat Illahi.
Jadi barangsiapa bersungguh-sungguh di dalam menangani hati, ia merupakan hamba
sejati. Termasuk golongan ahli Hadirat Illahi, sebagaimana Firman Allah swt:


"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah-Ku". (QS. 51:56).


Allah ciptakan hati, dan Allah memberi ia kekuasaan dan pasukan serta menjadikan
diri sebagai kendaraannya. Sehingga di atas kendaraannya itu dia dapat
meninggalkan alam debu pergi menuju ketinggian paling tinggi. Kalau dia ingin
melaksanakan kewajiban sebagi mahluk yang mendapatkan nikmat ini, dia haruslah
duduk seperti raja di tengah-tengah kerajaannya. Menjadikan Hadirat Illaahi
sebagai kiblat dan tujuannya. Akhirat sebagai kampung halaman dan kediamannya.
Diri sebagi kendaraannya. Dunia sebagai persinggahannya. Kedua tangan dan kaki
sebagai pelayan-pelayan akalnya. Akal sebagai perdana menterinya. Nafsu sebagai
pejabatnya. Angkara murka sebagai petugas keamanannya. Dan indera sebagai
mata-matanya. Masing-masing diserahi tugas dengan wilayah-wilayah sendiri.
Mengumpulkan data situasi wilayah masing-masing tersebut bagi sang hati.


wallaahu'alam bishshawwab


(diedit dari buku Metode Tasawuf Al Ghazaly, oleh K.H.A Mustofa Bisri)

Monday, June 27, 2011

JANGAN BACA!!!

jangan baca karangan ni.kenapa anda bace?ini merupakan ayat ketiga yang anda bace.Knape masih meneruskan bacaan anda?Anda tak kan dapat ape2 kalau terus bace karangan ni.Sila berhenti membaca.STOP!!


Eh! kamu lagi.masih nk bace lagi?Perhatian!!jangan baca!berhenti!Anda bijak bukan?ayat senang dan sesimple ini terlalu mudah untuk difahami.JANGAN BACA KARANGAN NI!!ada yg tak kene dengan korang?setelah belajar berkurun lame tapi tetap tak dpat kawal disiplin diri anda untuk mematuhi arahan ni.Curious??itukah yang menguasai diri anda sekarang?tapi ingat.Jangan salahkan saya kalau sesuatu terjadi kepade anda lepas bace karangan ni.aku beritahu,sia2 je kalau anda teruskan bacaan ni...


What??you again??orang mcm ni pun ade ke?jadi tak gune aku pakse anda.kalau anda memg nk bace gak,aku terpkse terus-terang tapi buat sekian kalinya aku menyeru kepade korang...STOP FROM READING THIS ARTICLE!!!!!!


Sekarang semuanya dah terbongkar!!korang dh kehilangan sesuatu yg berharga dengan membca karangan ni.Tak Percaye Ke??believe or not bahawasanya anda telah kehilangan satu minit enam puluh saat ur time!!Tertipu??Eeeiii geramnya..marah??terasa diri diperkotak-katikkan??Salah anda!!jangan salahkan aku..Aku dh beri amaran kepada korang untuk JANGAN BACA!!JANGAN BACA KARANGAN NI!!!STOP FROM READING THIS ARTICLE!!!Masih ingin teruskan??jika ya..ketahuilah bahawa anda seorang yg hipokrit,degil dan tak berdisiplin.Jika anda menghabiskan bacaan ni it's mean that anda dah fail dalam ujian ni.....

Monday, June 20, 2011

SYAHADAH CINTA...

ASSALAMUALAIKUM...
korang bab bercinta memang hebat,susun ayat kemain,madah berbunga,kad bebedak,tapi hati macam haprak.semua kerana nafsu,Cuba la korang layan bercinta dgn tuhan,cinta kt Nabi S.A.W..Kalau tanya semua ngaku sebab semua ucap syahadah,lafaz tanda cinta kita pada Tuhan dan Nabi S.A.W. tapi kalau bercinta tak dgn hati apa maknanya??apa buktinya??apa rasanya??apa sebenarnya yg korang pelok dalam hati???

MAKNA CINTA KITA
korang cari la makna dia sendiri.Benda yg dapat free selalunya tak dihargai.sama gak makna cinta kita pada ilahi dan nabi S.A.W.Tapi kalau korang sendiri tak dapat fahami sedalam-dalamnya makna ayat suci yang korang ucapkan dalam solat lima kali sehari,takde maknenya korang tonggang-tonggeng sampai leam dahi.Serupa macam korang la,awek or bini tanya cinta korang kata cinta tapi nk ingat bini masa kat ofis takde la,korang bohong,dalam solat pun same gak lerr...


BUKTI CINTA KITA
CAKAP,semua orang boleh cakap,Buktinya mana??korang kata Allah lah segala-galanya,takde yg lagi utama selain dari Dia tapi dalam hati korang kata duitlah segalanya,pangkatlah segalanya,kuasalah segalanya,paling hampeh pun balak or chikaro koranglah segalanya.Buktinya?? kalau kena buat pilihan,korang sah2 pilih apa yg jelas di hati korang..Allah kat mulut pun tak berapa jelas,nk sebut kena tgk keliling...
RASA CINTA KITA
siapa pernah bercinta tau la cemana rasanya bercinta,kemanisan berdamping dgn si dia,kerinduan bila kejauhan,keresahan bila takde kepastian..korang de rasa camtu dgn Allah?dengan nabi S.A.W.??tengok cite hindustan,korea sampai meleleh air mata,air hidung,dan bermacam -2 air yg sewaktu dgnnya,bila dgr azan de rase pape x?? awek bagi surat sampai sepuluh kali,SMS x yah nk kira la,tak terkira..cuba cari maksud yg tersirat.Allah bagi alQuran korang simpan je,baca pun bukan paham..

SIAPA KITA CINTA
Maha Suci dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.mana ade cinta yg lagi hebat dari cinta dia pada seluruh makhluk ciptaan-Nya.dia bagi rezeki tak kira kita ingat kat Dia ke tak,Dia bagi kite sihat walau dalam sihat kita buat maksiat,Dia bagi segalanya walau kita tak ingat kat Dia.banyak benda kita cinta,tak kuasa den nk list down..padahal Dia yg satu sedang menunggu,Kita sedar bahawa Dia lah yg sepatutnya kita cinta secinta-cintanya..
P/S..juz peringatan untuk semua,aq pun lebih kurang sama je,teruk dan haprak.....harap2 korang dapat mengambil iktibar....INSYAALLAH..AMIN..

juz a quotes...

TANDA KORANG DAH ANGAU

xde koje den ari ni,mase nk buat karangan kt blog ni pn byk,yela,utk mengisi masa2 yg lapang dan BORINGGGGG..karangan kali ni ialah tentang tande2 org yg dh angau bercinta.........


PERTAMA
mandi tak basah,tidur tak lena,makan tak kenyang..ape2 je yg korang buat asyik teringatkan dia ..


KEDUA
rindu pada dia bagai nak mati..dapat tengok bumbung umah dye pun dh cukup,terobat rindu di hati


KETIGA
kalau boleh setiap masa nk tepon dye bila tak dpat jumpe hinggakan korang tepon dan cakap.."maaf,saya terdail nombor awak,"

KEEMPAT
ade je alasan yg korang cari untuk berjumpe dgnnya..nk mintak tolong la atau tiba2 korang ada duet lebih nk blnje die sedangkan korang time tu tengah sengkek..


KELIMA
asyik terbayang wajahnye..orang lain lalu pun korang sangkakan dia.semua muka org dah hampir seiras dgn dye..
KEENAM
kamu tersenyum sendirian atau tibe2 menjelir lidah seperti sedang mengajuk org,tapi sebenarnya korang terkenang pertemuan dgnnyer dan korg rase mcm adegan itu baru je berlaku..

SELAMAT DATANG KE DUNIA PERCINTAAN

Cara MeneKel AWEKZZ....

macam-macam caro org jantan ni buek kalau nak menekel awek pujaan limpa dyeorg....rsenyer ade yg tersonyum bilo baco tulisan den ni kerano mybe ado yg buek sehinggo dapek kawen..mungkin de cmpy yg dh beranak pinak dah...haha..cumo den yo tak buek menekel mcm den tulih....hahaha


PERTAMA.
mulo-mulo korang em mano awek yg nk ditekel.Korang berjalan macam nk berselisih then buat2 terlanggar awek uh dan bersungguh-sungguh mintak maap sambil mengutip barangnyo yg berterabur..pastu apo laei...masuk daun la..


KEDUA.
kalau awek uh sombong,korang pakat la ramai2 ngan kawan korang untuk kacau awek tu maso beliau sendirian..kemudian korang muncul menjadi hero menyelamatkn awek tersobut..alaa lebih kurg mcm filem hindustan la...insyaallah korg leh dapt awek uh...hehe


KETIGA
kalau awek tu rakan sekerja atau sebelajar korang,cari barang yg paling awek tu sayang,kemudian sorokkan.bila awek tu dah menangis kehilangan barang tu,korang bertindak la yg kononnya korang yg jumpe barang awek uh..gerenti awek uh sesuke sesangat kt korang..


KEEMPAT
ha..yg ni korang kene wat kertas kojo sikit dgn mengkaji apo kesukaan awek tersobut.kalo dye suko nengok cerita kartun,korang pun kono suko gak.kalau dye suko makan tosei korang pon kono suko gak,walau pun apo yg dio suke,korg tak suko,korang totap keno suko jugak..baru leh melekat..tp kalau yg bole memudaratkn kesihatan,lebih baik korang hindarkn...huhu


KELIMA
korang cari no. tipun awek idaman korang uh,kemudian cari maso yg sesuai utk tepon dio.mulo2 korang kata sori kerana tersalah dail,kemudian korang pepandai la korang mengayat dye.kalo dye bolayan,korg leh sent SMS dgn ayat yg power..hahaha...dapat tuuu....


KEENAM
korang tak payah buek macam semuo kt atas ni..secara jentelmen,korang poie yo jumpo awek uh dan cakap yo torus torang yg korang nakkan dye jd pengarang jantung  korang..selalunyo awek suko laki yg jentel..hahaha..tak cayo korang leh try...


SELAMAT BERJAYO!!!!!!!!

Thursday, June 16, 2011

MANUSIA punya pasal HAIWAN yang jadi MANGSA...

aku kesian kt haiwan2 ni..tapi nak buek camno,kesian-kesian pun korang totap gak buek..den pon samo ae...hahaha


"tau la ko seronok beno,tapi tak yah la lompat2,dah macam BERUK kena belacan je ropenyer"


"ko ni kenape tembam sngat ha.dah macam IKAN BUNTAL je aku tengok"

"aku tak pernah jumpa orang yg bodoh lagi bahlol macam ko ni..KELDAI pun tak bengap macam ko..haisshhh.."

"alaa..tak usah nak senyum senyum KAMBING la kan,kalau suka cakap je la suka"

"ko ni dh kenape,monyok je aku tgk dari tadi,dah macam AYAM berak kapur dah aku tengok"

"cikgu Kassim itu garang mengalahkan HARIMAU,seram lak aku..."

"kalau kau de perasan budak badan macam GAJAH,tu kawan aku tu.ko cakap dgn dye aku kirim salam.."


"cuba ko jalan elok2 sikit,ni tak,terkedek-kedek macam itik masuk reban je..."


"korang ni asyik nak bergaduh je,macam ANJING dgn KUCING..poning kapalo den ni ha.."


tadi berani sangat,cakap nk beria-ria..tapi sekarang nk pijak SEMUT pun tak mati..."


"BABI LA KO NI!!!"

aku rase ni baru sebahagian jer...kalau korang rase ade lagi.jangan malu jangan segan..sila2 la komen yer....

cara-cara mengenal kapel yg baru...hangat2 lagi...HAHAHA...

assalamualaikum...tetibe byk lak idea aq dtg mlm ni...hahaha....erm,senang je kalau nak kenal kapel yg baru korang kenal..wlaupun pengalaman teman ni x seberapa tp cobe la korg saksikan..eh silap,bace la....



PERTAMA
kalau bercakap dalam tepon dah gerenti berjam-jam lamanya.lepas tu sambil bercakap asik nyerongin je(tersengih) sambil memintal hujung bantal atau ape2 je yg boleh dipintal walau pun besi...cerita dalam tepon ntah pape tapi dyeorg tetap suke wlaupun topiknyer amat membosankan....


KEDUA
kalau keluar dating masa berjalan jaraknya dua tiga depa.lau takpun sorang jalan kt dpan,sorg tggl kt blkang.yang si pakwe berjaln tgn ke belakang,yg si pompuan lak dua2 tgn kt dpan..(lau dyeorg gaduh x taw la kn..hehehe)


KETIGA
selalunya bila first time dating mesti nk pergi ke tmn bunge.mase duduk kt bangku kt taman,sorang duduk kt hujung sini and yg lagi sorang duduk kt hujung sana or yg pompuan duduk atas bangku dan yg laki duduk tepi tasik...


KEEMPAT
masa duduk kt restoran atau warung2 mamak...baik yg jantan atau yg betina takkan order makan walaupun perut dh kebulur.cukup sekadar order air je..yg si betina akan mengacau je air dgn straw ntah bape ratus kali pusingan..


KELIMA
time duduk kt restoran gak,dyeorg tak kan duduk sebelah menyebelah.dah la tak makan pape pastu kurang bercakap.yg pompuan akan sentiasa tunduk je.kalau yg jantan bertanya baru la bercakap tu pun  sepatah dua je..atau pun sebaliknya...huhu

KEENAM
kalau naik motor yg pompuan mesti duduk jauh ke belakang sampai punggung leh cecah lampu brek.beg tgn ltak kt tengah2 sebagai sempadan kononnya.kiranya tahap boleh duduk tiga orang la jaraknya..


KETUJUH
kalau si jantan mempelawa air minumnya utk dikongsi jgn harap la si aweknya terima..gitu gak dgn si jantan.apakah lagi makanan.kalau makan gerenti dua tiga suap je..malu-malu la konon...hahaha


KELAPAN
masa berdating selalunya bercerita tentang kerjaya,adik beradik brpe orang,dduk kt mane,tinggal dgn siape dan sama waktu dgnnyer..personal thing tak akan timbul untuk pertemuan pertama kalinya...

Tuesday, June 14, 2011

KELEBIHAN menjadi BUDAK berbanding ORANG DEWASA.....

dah besar panjang ni baru aq terpikir yg hidup masa zaman bebudak dulu memang nomu nomu best...kalau la dapt patah balik ke alam bebudak gerenti seronok...terlajak jam boleh pusing balik,terlajak masa...terbabas la umur..hehe...jom kita kenang-kenangkan bersama..


KELEBIHAN BUDAK2..
kalau setakat cium awek ke mesti dyeorg tak marah..silap-silap awek tu cium budak tu balik..
TAPI KALAU ORANG DEWASA...
toksahkan cium atau peluk,baru jeling dgn kenyit mata je..silap-silap kasut stileto dah hinggap kt pipi..huhu


KELEBIHAN BUDAK2..
kalau setakat mintak duet,lebih-lebih lagi kalau time hari raye,takdenyer segan2..
TAPI KALAU ORANG DEWASA..

toksahkan mintak,kalau org bagi pun.."ish,takpe la..takpe..tak yah susah2.." tapi dalam hati,korang je la yg taw..haha...

KELEBIHAN BUDAK2..
kalau nak menangis nak sesuatu barang sampai berguling-guling macam tenggiling...akhirnya dapat gak bnde yg dye nak..
TAPI KALAU ORANG DEWASA..
menangis mintak sesuatu barang sampai berguling-guling akhirnya mau makan penerajang si ayah atau penampar si emak...paling ciput pun kena tinggal sengsorang...


KELEBIHAN BUDAK2..
kalau main kejar2,lari bogel pun orang tak kisah
TAPI KALAU ORANG DEWASA..
toksahkan bogel,baru seksi sikit je...dah riuh satu dunia....


KELEBIHAN BUDAK2..
kalau cuti sekolah je,masing2 dah buat rancangan nak pergi cuti kat mane...
TAPI KALAU ORANG DEWASA..
usahkn cuti sekolah,cuti hujung minggu pun belum tentu dapat rehat2..huhu


KELEBIHAN BUDAK2..
ni yang paling aku suke....tak perlu fikir pasal nk cari duet,kite cume perlu taw waktu makan je...hahaha
TAPI KALAU ORANG DEWASA..
kena pikir nk cari duit dan rase amat bersalah kalau bebudak tak dapat makan..